Cuti kali ni berkesempatan membawa anak-anak ke Kidzania. Merealisasikan impian anak-anak. Melihat kanak-kanak menguruskan diri di dunia dewasa ciptaan manusia. Ternyata tempat ini dapat memberi pelbagai gambaran tentang dunia kehidupan akan datang pada kanak-kanak. Teruja sungguh Maira, Danish dan Hasif nak pegi Kidzania. Mulanya nak tinggalkan Wajih, tapi akhirnya tak sampai hati bawa juga. Tapi nasihat saya kanak- kanak di bawah umur 4 tahun memang tak sesuai dibawa ditempat ini.Kerana disamping perlu membayar sejumlah tiket yang agak mahal, mereka tidak dapat menikmati kemudahan permainan yang disediakan.
Beberapa tips untuk ke Kidzania...
1. Mengetahui harga tiket.. RM55 (kanak-kanak warganegara d) RM35 (kanak-kanak 2-3 tahun,dan warganegara 17- 55 tahun). Tiket boleh didapati secara online atau walk in. Terdapat 2 sesi setiap hari..sesi pagi ( 10- 3 petang), sesi petang (4-9 malam).
2. Bawa makanan dalam beg...biskut, roti dan air.Sebab makanan sangatlah mencekik kalau beli dalam tu. Saya beli sekotak susu Dutch Lady dengan harga RM 5.
3. Kanak-kanak dibawah umur 6 tahun tak berbaloi untuk masuk.kerana harga tiket yang tinggi, plus tidak banyak aktiviti boleh disertai.
4. Pakai pakaian yang bersesuaian.Sebaiknya guna sport shoes.Jadi mudah untuk sertai aktiviti lasak.
Selamat beraktiviti bersama anak-anak!
No comments:
Post a Comment