Friday, 21 December 2012

Cuti sekolah Nov - Dec 2012


       Seronok berpeluang lagi cuti panjang.Tahun 2010 cuti panjang dalam pantang Wajih, 2011 jaga SPM, akhirnya panjang umur dapat cuti panjang lagi.Walaupun ada 2-3 pelawaan untuk marking paper...aku tolak dengan baik. Hihi...Banyak aktiviti dapat dibuat dengan anak-anak.Gunakan masa berkualiti dengan anak-anak sementara masih depan mata. Segalanya sangat indah, dalam tegas ada keindahan, dalam marah ada sayang, dalam gurau ada mesra! Banyak aktiviti dapat dibuat dengan anak-anak kali ni. Pegi Penang, Kidzania, kenduri, dan banyak lagi. En.suami pun sangat sporting,Ada je idea nak pegi berjalan-jalan sekeluarga.
       Banyak gak aktiviti di rumah dengan anak-anak.Antaranya praktikal ambil air sembahyang, solat sunat dhuha, masak-masak, treasure hunt, dan gotong-royong bersama.
       Semoga ikatan kasih sayang antara kita semakin erat dan berpanjangan.













No comments:

Post a Comment