Akhirnya dapat juga hadiri kelas decorate kek. Aku pilih basic buttercream. Seronok belajar dengan Cikgu Mariya..yang juga memang seorang guru sekolah. Sabar dan tekun mengajar aku dan Aida. Dari mengenali tools hingga mengadun cream dan sukatannya. Kami belajar dari A. Memang puashati.
Rasanya insyaallah boleh buat kek yang cantik, paling tidak pun tak perlu beli kek bila tiba birthday anak-anak. Yang paling seronok bila tengok anak-anak seronok makan kek yang dibawa balik.
Di sini saya share adunan buttercream yang saya belajar...
Resepi buttercream 1
1kg gula icing
500g krimwell
Cara : Pukul semua bahan pada kelajuan tinggi hingga naik dua kali ganda.
Resepi buttercream 2
250g shortening
200g krimwell
250g air gula
1 sudu perasa (optional)
50g susu pekat manis (optional)
Cara : Masukkan semua bahan dan putar pada kelajuan yang tinggi hingga gebu. Kemuadian perlahankan kelajuan selama 2-3 minit untuk menghilangkan gelembung udara.
* Cara masak air gula
1kg air
2kg gula pasir
Masak sehingga likat.
Resepi bunga buttercream
500g shortening
100g krimwell
50g susu pekat manis
Cara : Campur semua bahan dan pukul hingga sebati sahaja.
Resepi Kek Span Vanilla
500 g tepung sponge mix
10 biji telur
125g air
125 g minyak jagung
1 sdk esen vanilla
Cara :
1. Masukkan tepung, telur, dan air, pukul pada kelajuan tinggi, hingga naik tiga kali ganda.
2. Tuangkan minyak jagung, kacau dan kaup balik.
3. Alaskantin kek dan tuangkan pada 2 bahagian pada acuan 9 inci.
4.Bakar pada suhu 170 darjah 35 minit.
5. Setelah itu keluarkan terus dari loyang.Sejukkan sebelum dihias.
No comments:
Post a Comment