Thursday, 27 December 2012

Decorating Cake Class

       Akhirnya dapat juga hadiri kelas decorate kek. Aku pilih basic buttercream. Seronok belajar dengan Cikgu Mariya..yang juga memang seorang guru sekolah. Sabar dan tekun mengajar aku dan Aida. Dari mengenali tools hingga mengadun cream dan sukatannya. Kami belajar dari A. Memang puashati.
      Rasanya insyaallah boleh buat kek yang cantik, paling tidak pun tak perlu beli kek bila tiba birthday anak-anak. Yang paling seronok bila tengok anak-anak seronok makan kek yang dibawa balik.
      Di sini saya share adunan buttercream yang saya belajar...
  
      Resepi buttercream 1

      1kg gula icing
      500g krimwell

     Cara : Pukul semua bahan pada kelajuan tinggi hingga naik dua kali ganda.

     Resepi buttercream 2

     250g shortening
     200g krimwell
     250g air gula
      1 sudu perasa (optional)
     50g susu pekat manis (optional)

     Cara : Masukkan semua bahan dan putar pada kelajuan yang tinggi hingga gebu. Kemuadian perlahankan kelajuan selama 2-3 minit untuk menghilangkan gelembung udara.

* Cara masak air gula
1kg air
2kg gula pasir

Masak sehingga likat.

Resepi bunga buttercream

500g shortening
100g krimwell
50g susu pekat manis
Cara : Campur semua bahan dan pukul hingga sebati sahaja.

Resepi Kek Span Vanilla

500 g tepung sponge mix
10 biji telur
125g air
125 g minyak jagung
1 sdk esen vanilla

Cara :
1.  Masukkan tepung, telur, dan air, pukul pada kelajuan tinggi,  hingga naik tiga kali ganda.
2. Tuangkan minyak jagung, kacau dan kaup balik.
3. Alaskantin kek dan tuangkan pada 2 bahagian pada acuan 9 inci.
4.Bakar pada suhu 170  darjah 35 minit.
5. Setelah itu keluarkan terus dari loyang.Sejukkan sebelum dihias.
    
















Sunday, 23 December 2012

Bola sepak Piala Raja-Raja 2012

    Memandangkan, masih cuti sekolah, papa nak pegi menyaksikan akhir bola piala raja2, sudah pasti pasukan kejo yop kejo melawan Kedah. Mulanya umi mmg xnak pegi, nak lepak umah m.andak je, tp akhirnya pegi juga.
     Teringat dulu penah pegi tengok bola.Masa baru2 kawin.Walaupun umi bukan minat sangat bola ni.Layan je la. Masa tu pegi berdua je. Kali ni kita pegi berenam. Seronok juga, tengok gelagat anak2. Seronok tengok anak2 happy. Lagi2 Wajih. Memang ini pengalaman pertama anak2 pegi stadium. Masing2 teruja. Maira, Hasif dan Danish seronok.Umi pun suka.Alhamdulillah tak ramai sangat orang,  so senang la nak kawal anak2, terutamanya si kecik Wajih.






Friday, 21 December 2012

Cuti sekolah Nov - Dec 2012


       Seronok berpeluang lagi cuti panjang.Tahun 2010 cuti panjang dalam pantang Wajih, 2011 jaga SPM, akhirnya panjang umur dapat cuti panjang lagi.Walaupun ada 2-3 pelawaan untuk marking paper...aku tolak dengan baik. Hihi...Banyak aktiviti dapat dibuat dengan anak-anak.Gunakan masa berkualiti dengan anak-anak sementara masih depan mata. Segalanya sangat indah, dalam tegas ada keindahan, dalam marah ada sayang, dalam gurau ada mesra! Banyak aktiviti dapat dibuat dengan anak-anak kali ni. Pegi Penang, Kidzania, kenduri, dan banyak lagi. En.suami pun sangat sporting,Ada je idea nak pegi berjalan-jalan sekeluarga.
       Banyak gak aktiviti di rumah dengan anak-anak.Antaranya praktikal ambil air sembahyang, solat sunat dhuha, masak-masak, treasure hunt, dan gotong-royong bersama.
       Semoga ikatan kasih sayang antara kita semakin erat dan berpanjangan.













Wednesday, 19 December 2012

Seminar Muslim Osem

Cuti sekolah kali ini berkesempatan menghantar calon al-hafiz ke Seminar Muslim Osem yang diadakan di Teluk Intan. Walaupun ianya cuma a day seminar tapi paling tidak umi harap ia akan dapat memberi pendedahan awal tentang cara berkomunikasi dengan masyarakat. Danish dan Hasif pergi tanpa banyak soal.



Friday, 14 December 2012

Tips membawa anak ke Kidzania...

     Cuti kali ni berkesempatan membawa anak-anak ke Kidzania. Merealisasikan impian anak-anak. Melihat kanak-kanak menguruskan diri di dunia dewasa ciptaan manusia. Ternyata tempat ini dapat memberi pelbagai gambaran tentang dunia kehidupan akan datang pada kanak-kanak. Teruja sungguh Maira, Danish dan Hasif nak pegi Kidzania. Mulanya nak tinggalkan Wajih, tapi akhirnya tak sampai hati bawa juga. Tapi nasihat saya kanak- kanak di bawah umur 4 tahun memang tak sesuai dibawa ditempat ini.Kerana disamping perlu membayar sejumlah tiket yang agak mahal, mereka tidak dapat menikmati kemudahan permainan yang disediakan.

Beberapa tips untuk ke Kidzania...

1. Mengetahui harga tiket.. RM55 (kanak-kanak warganegara d) RM35 (kanak-kanak 2-3 tahun,dan warganegara 17- 55 tahun). Tiket boleh didapati secara online atau walk in. Terdapat 2 sesi setiap hari..sesi pagi ( 10- 3 petang), sesi petang (4-9 malam).

2. Bawa makanan dalam beg...biskut,  roti dan air.Sebab makanan sangatlah mencekik kalau beli dalam tu. Saya beli sekotak susu Dutch Lady dengan harga RM 5.

3. Kanak-kanak dibawah umur 6 tahun tak berbaloi untuk masuk.kerana harga tiket yang tinggi, plus tidak banyak aktiviti boleh disertai.

4. Pakai pakaian yang bersesuaian.Sebaiknya guna sport shoes.Jadi mudah untuk sertai aktiviti lasak.

Selamat beraktiviti bersama anak-anak!














Friday, 7 December 2012

Sukan dan Anugerah kecemerlangan Maira 2012

Sukan dan Anugerah Kecemerlangan maira diadakan serentak. Maira masuk pertandingan susun abjad rumi. Yang bestnye tadika dia buat persembahan pompom girl.Kagum dengan cikgu Maira yang gigih melatih anak muridnya.