Sunday, 25 August 2013

Sajak Merdeka Kanak-Kanak - untuk Humaira

     Minggu lepas, balik dari sekolah, Humaira bagitau, cikgu minta umi carikan sajak kemerdekaan untuk sambutan di sekolah. Umi cuba cari, tapi tak ada sajak yang sesuai bagi kanak-kanak seumur Maira.Jadi, umi cuba-cuba mengasah bakat yang dah lama tumpul ni...
     Inilah hasilnya...khas untuk Maiza Humaira sempena Sambutan Kemerdekaan 2013

                                MERDEKA KAMI

Ketika kami berlari...dan
Mengibar bendera,
Ummi berpesan
Hari ini amat istimewa

Teman-teman
Mengertikan kita erti merdeka
Hayatilah kemerdekaan
Hargailah pejuang negara
Kelak kita akan faham
Mengapa perlu pertahan kemerdekaan
Mengapa perlu kibarkan bendera
Mengapa perlu cintakan negara

Teman-teman
Ketawalah! Berlarilah!Bersoraklah!
Bila kita faham erti merdeka
Kita akan faham erti setia
Kita akan faham erti tanggungjawab

Ayuh...
Pertahankan kemerdekaan
Untuk kita
Malaysiaku berdaulat
Tanah Tumpah darahku
Merdeka!merdeka!merdeka!

                                   Ummi Humaira'
                                    21 Ogos 2013









Friday, 16 August 2013

Projek Manik Baju Maira

    Umi memang tak kreatif nak main manik.Memandangkan fenomena manik baju semakin luas, mari kita try n error pada baju Maira. Baju ni Along Roslina yang bagi, sempena Majlis Pertunangan dia. Dah lama siap, konon nak hantar kat pakar manik kasi touch-up sikit. Tetiba datang rajin, pegila Umi ke kedai jahitan, mencari manik yang bersesuaian. Bila nak buat mula blur...dapat online tutorial dengan seorang sahabat dari Sg Petani Azizah Arbain. Minta kepastian, nanti hilang keyakinan dengan corak yang terkini.Akhirnya siap juga...hasil yang sangat amatur, tapi umi puas hati.Semangat membara nak memanik lagi..hihi..






Tuesday, 13 August 2013

Simpan duit raya 2013

    Selalunya duit raya papa akan uruskan dan bank-in dalam akaun anak-anak. Kali ini umi bagi pengalaman pada anak-anak bank-in duit sendiri. Anak-anak selalu sangat bertanya, bila kita nak pergi haji.Huh...tinggi impian mereka.Tapi sekurang-kurangnya impian itu ada.Insyaallah kita akan capai.Hari ni, umi dan papa bawa anak-anak pegi bank-in duit dalam Tabung Haji. Di samping menjawab persoalan bila kita nak pegi haji.Sama-samalah kita kumpul duit untuk pergi haji.
     Anak-anak rasa sangat happy dapat menguruskan urusan bank-in duit ke Tabung Haji.Umi beri kebebasan sepenuhnya pada anak-anak, dari isi borang, ambil nombor, dan urusan kaunter.Ala-ala Kidzania gitu!
     Selang beberapa hari papa minta umi isi borang utk ASB..senang keja umk sekarang, anak-anak suka nak isi sendiri. Memang mudah berurusan dengan kanak-kanak.Asalkan kita beri arahan dengan betul dan sabar!