Tuesday, 31 July 2012

Iftar di masjid atuk...masjid sg pergam

9 Ramadhan kami berkesaempatan iftar di Masjid Sg Pergam.Masjid ni salah satu masjid yang arwah abah selalu bagi pengajian malam2. Arwah abah merupakan orang yang berusaha keras untuk mencari dana membina masjid ini. Aku ingat lagi abah pergi ke masjid2 sekitar negeri Perak untuk mencari dana pembinaan masjid ni. Masa tu kalau tak silap sekitar tahun 1983.Abah memang bersungguh bila buat sesuatu perkara, terutamanya yang berkaitan agama. Seterusnya setelah masjid ini terbina, abah adalah salah seorang tenaga pengajar tetap pengajian agama di waktu malam. Seingat aku abah pernah bagitau aku, pengajian kelas malam di Masjid Sg Pergam mencecah hampir 20 tahun. Abah kata abah suka mengajar di masjid. Sebab ianya lebih santai dan yang penting tak perlu tulis rekod mengajar dan isi markah...hehe..standard jawapan seorang ustaz pencen macam abah. Apa-apapun moga segala kebaikan yang abah buat memberi saham akhirat..dan kita yang masih sihat ni perlu banyakkan beramal untuk mengumpul saham akhirat...Al fatihah untuk abah   Hj Mokhtar bin Omardi...

Sunday, 29 July 2012

Kisah si pinky humaira masuk pertandingan bercerita...tak sangka pula ummi , anak ummi ada bakat bercerita.Petah betul dia atas pentas. Ummi rasa ummi pun tak sepetah tu.Allah makbulkan doa ummi yang nak anak2 yang petah berkata2....Terpegun ummi dengan kepetahan Humaira...yang pasti anak ummi dan papa memang hebat..tahniah.."anak-anak itu adalah kain putih.....

Saturday, 28 July 2012

Salam Perkenalan....

Alhamdulillah...akhirnya terhasilnya blog ini.Yang bakal saya tulis cuma cerita biasa dari orang biasa. Kisah keluarga, kasih sayang, anak2, karier dan yang hampir dengan saya. Yang pasti, keluarga adalah tonggak kehidupan , kerana bagi saya family first!Berkongsi kegembiraan dan mengabadikannya untuk tatapan diri sendiri dan mereka yang sudi menjengah. Melihat perkembangan anak2 dari kacamata seorang ummi untuk muhd danish adli, muhd hasif adli, maiza humaira dan muhd wajih adli. Tidak lupa en.suami tersayang...En.Husmiza....luv all of you....